Thursday, May 30, 2019

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur (Radio Amateur)? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing... Ada yang memandang hobi seorang pengiat radio amatur ini membosankan, membazir dan macam-macam lagi...

Bagiku simple dan senang jer jawapan... MINAT... Tanpa minat kita tidak akan berjaya melakukan sesuatu perkara walaupun senang... Perkara yang paling memberi kesan kepadaku untuk menjadi seorang pengiat radio amatur adalah apabila diberi tugasan pada hujung tahun 2014 oleh boss ku (bukan DSN) ke Gua Musang, Kelantan dan pada ketika itu Kelantan dilanda banjir yang amat dahsyat sekali. Tugasan adalah untuk menghidupkan satu atau dua pemancar radio bagi menyampaikan maklumat terkini di kawasan Gua Musang...

Aku telah ke sana bersama beberapa orang krew teknikal membawa beberapa barang persediaan seperti genset, minyak, bekalan makanan dan lain-lain yang dianggap penting.. Ke sana terpaksa meredah satu kawasan yang masih lagi banjir di Kuala Lipis.. Setiba di sana memang Gua Musang bermandi lumpur.. Kebanyakan rumah yang berada ditepi sungai pada seketika dulu (pernah ke sana dahulu untuk tugasan) telah hilang begitu sahaja akibat dilanda air banjir yang deras.. Bekalan elektrik terpaksa dicatukan oleh pihak TNB manakala komunikasi melalui telefon bimbit terputus dan tiada isyarat langsung... Aku dan krewku terpaksa bermalam di masjid besar dan ada kalanya di stesen...

Dari situ aku terfikir bagaimanakah ingin menghubungi dunia luar jika tiada isyarat telefon bimbit terutama bagi memberitahu orang rumah bahawa ku telah selamat sampai... terpaksa menunggu selama 2 hari apabila keadaan dah semakin tenang barulah pihak telco datang menghidupkan pemancar di base station mereka untuk telefon bimbit.. Tetapi persoalannya apa akan terjadi jika kita perlu segera untuk menghubungi pihak luar? Dari situ terdetik dihati mengenai radio amatur yang mana radio ini dapat berfungsi tanpa memerlukan base station. Untuk telefon bimbit, ia memerlukan base station bagi menghantar isyarat dari satu tempat ke satu tempat tetapi radio amatur hanya memerlukan 4 perkara asas sahaja iaitu:

i. Radio atau dikenali sebagai transceiver (VHF, UHF atau HF)
ii. Kabel 50 Ohms
iii. Bateri 12V (bateri kereta atau motorsikal)
iv. Antenna (sesuaikan dengan transceiver yang digunakan)

Transceiver HF

Transceiver VHF/UHF
Keempat-empat asas ini telah memadai untuk menyampaikan maklumat kepada dunia luar mengenai perkara yang ingin disampaikan. Walaubagaimanapun, perkara sampingan perlulah ada juga untuk menyokong perkara asas ini tetapi senang untuk dibawa ke mana-mana... Ketiga-tiga ini senang dipasang semudah ABC dan senang digunakan... Walaupun ianya bukanlah dikategorikan sebagai komunikasi 2 hala seperti telefon bimbit tetapi komunikasi menggunakan ini adalah mudah dan senang..

Jangan lupa mendapatkan maklumat mengenai radio amatur radio ini di dalam dunia internet yang luas ini. Anda pasti akan terhibur... Sampai jumpa lagi di lain coretan..

Adios amigos and senoritas...


Thursday, March 21, 2019

My New Life

Alhamdulillah... setelah sekian lama tak update blog ini akhirnya diberi kesihatan dan akal yang waras dari Illahi untuk berkarya semula (karya cara sendiri.. hehehehe)

Sebelum ini bekerja di bahagian teknikal iaitu dibahagian pemancar tetapi setelah 13 tahun bersama pemancar, pada 2017 ditukar ke tempat yang baru... environment yang baru... staff dan rakan-rakan yang baru serta boss baru...Bekerja di stesen negeri Selangorfm..Banyak dealing dengan kerajaan negeri dan high level people serta program diluar.. Seronok dapat kenal semua orang dari segenap level.. Disamping itu orang luar juga mengenali kita walaupun kita ini bukannya orang yang terkenal (hehehe.. merendah diri konon..)

Sekarang ditukar semula ke tempat asal tapi unit yang baru (sirih pulang ke gagang).. tugasan di tempat baru juga tak kurang hebatnya mencabar... Banyak dealing dengan aduan, frekuensi dan sebagainya.. Walaubagaimanapun semua tu dah ketentuan.. kita kena terima seadanya..

Ilmu teknikal berkenaan pemancar tidak pernah dilupakan sama sekali kerana telah berkerja dalam bidang ini selama 13 tahun.. In Shaa Allah jika sesiapa yang memerlukan tunjuk ajar, saya sudi membantu dengan ikhlas hati..

Sejarah juga tercatat pada 2016, telah dianugerah Master of Engineering Management dari UPM dan juga telah mendapat lesen amateur radio jadi bidang teknikal pemancar tetap yang tidak boleh dipisahkan.. My callsign is 9W2GID, boleh dicari di QRZ.com (hanya difahami oleh ham radio user). Semua aktiviti ham radio dicatat di dalamnya.. Alhamdulillah banyak juga contest ham radio yang telah disertai.. Akan meneruskan perjuangan dalam ham radio ini..

Oklah itu saja setakat ini.. nanti akan saya cerita dengan lebih lanjut berkenaan ham radio jika ada masa kelapangan.. In Shaa Allah...

Adios amigos and senoritas...

Thursday, June 21, 2012

Pelaburan Emas

Sudah lama saya tak update blog catatan saya sendiri. Ada maklumat yang saya ingin berkongsi. Setelah kaji selama setahun dua ini mengenai pelaburan emas akhirnya saya telahpun join satu program untuk membeli emas secara fizikal bukannya masuk skim pelaburan emas tanpa fizikal.

Dalam hukum Islam, pembelian emas tanpa fizikal adalah haram dan juga pembelian emas secara hutang juga adalah haram. Untuk pengetahuan semua, saya telah join Paradise Fine Gold sama seperti Public Fine Gold yang telah beroperasi sejak 2009. Paradise Fine Gold yang saya join ini adalah syarikat yang membuat marketing bagi Sri Ayu Fine Gold yang beroperasi di Kelantan sejak 20 tahun lepas. Syarikat ini adalah syarikat yang menjual emas yang telah mempunyai cawangan dibeberapa buah negeri seperti 2 di Kelantan, 1 di Terengganu, 1 di Pahang dan 1 di Perak. Kelebihan memiliki emas secara fizikal ini adalah menguntungkan sebab dengan adanya emas, kita memiliki nilai manakala jika kita hanya memiliki mata wang, kita hanya memiliki kertas sahaja yang mana nilai mata wang sekarang ini susut.

Untuk mengetahui mengenai lebih lanjut mengenai perkara ini sila layari 2 website di bawah:
1. www.kelantangold.com.my
2. www.kelantangold2u.net/jidine

Jika sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal ini, sila layari website no.2.

Adios amigos & senoritas.

Saturday, January 28, 2012

Saham

Alhamdulillah... baru2 ini saham yang dibeli membuahkan hasil lebihpun hasilnya tak seberapa banyak kerana pelaburan pun tak tinggi tetapi peratusan hasilnya adalah dalam lingkungan 30% - 40%.

Trading saham ini bukannya susah tetapi memerlukan ilmu dan keberanian untuk mengambil risiko. Bak kata pepatah 'no pain, no gain'. Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah lebih elok berguru dengan sesiapa pakar dalam bidang ini.

Keberanian pula ialah semangat untuk membuat pelaburan samada pelaburan ini selamat atau tidak tetapi dengan ilmu yang telah dipelajari barulah keberanian ini akan datang dan tidak teragak-agak untuk membuat pelaburan saham.

Renung-renungkan, jika berminat tetang pelaburan saham bolehlah lihat di laman blog ini www.zamsaham.com.my

Wednesday, October 19, 2011

Beralih ke Pelaburan Emas

Sekarang ramai yang bercakap mengenai pelaburan emas dan ramai yang mengintai peluang untuk menceburi bidang ini. Saya sendiri pun sekarang sedikit sebanyak telah menceburi pelaburan emas lebihpun harga sekarang boleh dikatakan tinggi berbanding 2-3 tahun yang lepas tapi semua itu perkara lepas kerana tak melabur pada masa dulu... tapi tak perlu menyesal dan kena bertindak sekarang...

Baru2 ni saya ada membeli emas 916 (22k) lebihpun kejatuhan jualnya agak tinggi dalam 10% - 15% tetapi emas ini boleh digadai jika kita sesak memerlukan duit tunai dan tak takut kehilangan emas jika kita tebus semula.... Perlu kena dengan timing untuk gadai...

Berlainan jika kita beli dinar atau jongkong 999 (24k)... Jika beli mahal sikit dari 916 (22k) tetapi jika perlukan duit susah nak gadai sebab sekarang ni Ar-Rahnu samada Bank Rakyat atau Agro Bank tidak lagi menerima dinar seperti dulu... So kita kena lepas atau jual... Dengan tu kita tiada milikan emas lagi tetapi yang bagusnya kejatuhan jualnya sikit saja 3 - 5% je...

Semua ni bergantung kepada strategi untuk pelaburan emas anda sendiri...

Pikir-pikirkanlah... Tak salah untuk bertindak sekarang...

Untuk memahami tentang pelaburan emas ni sila lawati laman sesawang ini: www.jutawanemas.com

Adios Amigos and Senoritas...

Monday, October 10, 2011

Hasil dari OD ASB dan Financial Planner

Alhamdulillah... hampir 2 tahun saya mengikuti Financial Planner yang berbayar akhirnya ia membuah hasil... Simpanan dah ada 6 angka dan dapat sebiji Honda Accord VTi-L yang berharga lebih kurang RM150,000.

Bulanan seperti biasa, gaji dimasukkan ke dalam simpanan, perbelanjaan guna duit kredit kad dan OD...

Rasanya berbaloi menemui Financial Planner yang berkelayakan biarpun duit juga dikeluarkan untuk bayar beliau tetapi hasilnya alhamdulillah... Bayaran untuk servis dan ilmu yang dicurahkan lebihpun sekarang ini dah boleh bergerak sendiri tetapi ada baiknya saya mengikutinya sebab ada lagi rahsia yang belum dibongkarkan lagi...

Jumpa di lain blog... Maybe saya akan mem'blog' tentang cara-cara berjimat cermat dan pengurusan kewangan yang berhemah..

Nantikanlah...

Adios amigos and semoritas...

Monday, August 22, 2011

Lama Tak Update

Sudah lama tak update blog... Maklumlah bz lebih-lebih lagi baru 3 bulan promoted then sekarang incharge unit yang sibuk pula... Walaubagaimanapun saya akan update blog jika ada kelapangan...

Setakat ni proses dengan Encik Aziz Ibrahim dah hampir sampai ke penghujung... Alhamdulillah, buat masa ini semua berjalan dengan lancar yang penting saving semakin meningkat....

Saham pula setakat ini biasalah ada untung ada rugi bukan seperti UO - untung orang ramai... hehehehe... Ingat nak trade IPO tetapi sekarang ni trade saham yang dah ada... Market sekarang ini kurang memberangsangkan lagipun ringgit akan jatuh berbanding dollar... tengok kat board tu kebanyakkan semua merah instead of hijau...

Okaylah nanti jika ada kelapangan yang lain...kita akan berkongsi maklumat lain pula... Maybe saya akan berkongsi maklumat tentang kewangan peribadi... tunggu....

Adios amigos and senoritas...

Sunday, March 6, 2011

Worksyop DVB-T2 dan Symposium Digital

Worksyop ini bermula pada 04.03.2011 dan akan berakhir pada esok hari  iaitu 07.03.2011... Memang banyak ilmu yang dapat dipelajari dalam masa 2 hari worksyop ini.. Ramai presenter dari luar negara hadir dan berkongsi maklumat... Selepas worksyop ini, akan kena menghadiri pula simposium digital yang akan berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 08.30.2011 hingga 11.03.2011.

Kedua-dua worksyop dan simposium ini membincangkan mengenai format digital TV iaitu DVB-T2. DVB-T2 adalah format siaran TV digital yang akan menggantikan siaran TV analog dan juga mungkin menggantikan format TV digital yang sedia ada iaitu DVB-T (version 1)... Walaubagaimanapun ini bergantung kepada percubaan yang dilakukan di Menara K.L. Kebanyakan negara lain seperti di Eropah telah pun beralih ke format siaran TV digital ini dan pengguna terpaksa menggunakan decoder (sama seperti ASTRO) untuk mendapatkan siaran digital ini. Yang baiknya siaran ini adalah free dan tidak berbayar disamping kualiti siarannya adalah bagus dan jelas...

Walaubagaimanapun, sesetengah pekilang TV seperti Sony dan Panasonic, mereka telahpun merekacipta TV yang mempunyai decoder yang disertakan di dalam TV tersebut dan berita baik pengguna tak perlu lagi membeli decoder tetapi kosnya mungkin agak mahal buat masa ini... Di U.K (bukan Ulu Kelang), format DVB-T2 telahpun meluas digunakan dan kebanyakan TV yang dijual dan digunakan di sana mempunyai decoder di dalam TV tersebut... Harga quiet resonable tetapi dalam pound sterling.. :)

Kepada penonton sekalian, pada masa akan datang kita akan dihidangkan dengan siaran yang berformat digital tidak lama lagi dengan banyak lebih saluran tersedia di dalamnya serta kualiti gambar yang sangat bagus... So berkemungkinan kualiti gambarnya lebih cantik dari ASTRO...

Tunggu....

Adios amigos and senoritas...

Wednesday, February 9, 2011

Perkembangan OSK

Selepas register secara online selepas akaun CDC approve, saya menunggu selama seminggu pula untuk online OSK188 diaktif kerana minggu lepas CNY.

Akaun aku dapat diaktifkan semalam dan pada pagi ini barulah bergerak untuk memulakan permainan stock ni... Pada pagi lagi aku masukkan duit ke dalam akaun OSK Invesment bagi merancakkan lagi game ni...

Balik je office bukak online 188OMS dan duduk mengadap PC je nak menunggu peluang mana satu stock yang patut dibeli. Pagi cuba beli tetapi harga tak mengena.. Cuba lagi petang kali ni barulah mengena tetapi market hari ni slow bagi sesiapa yang main unit sedikit kerana pergerakkannya tak berapa pantas...

Bagi yang berduit memang dapat buat pulangan sebab kebanyakkan market syer ok le.. not so bad...

Tengoklah esok macamana samada nak jual ke tak syer yang dibeli... Jika market naik... alhamdulillah... Harap-harap dapat le sedikit pulangan tu.. Baru nak belajarlah katakan...

Adios amigos dan senoritas...

Tuesday, February 1, 2011

OSK Invesment Bank

Semalam selepas tunggu selama seminggu... akhirnya akaun dengan OSK dan Bursa Malaysia telah diluluskan... Remiser aku telah call memberitahukan mengenai hal ni dan menyuruh aku sign up online OSK untuk urusan jual beli dan apa-apa lagi...

Dengan serta merta aku mendownload dan register melalui online untuk OSK188... Sekarang ni hanya menunggu kelulusan dari OSK untuk aktifkan aku bagi urusan online ni...

Maybe selepas ni bermulalah saat aku untuk berjinak-jinak dengan saham ni dan jika ada rezeki maybe saham ni boleh memberikan aku side-income, maklumlah sekarang ni semua perkara memerlukan duit dan agenda tahun ni mesti nak menambah pendapatan keluarga...

Oklah... jumpa di coretan akan datang... adios amigos and senoritas...

Thursday, January 27, 2011

Lama tak update

Happy New Year 2011 (walaupun bulan Jan hampir tamat tapi masih belum terlambat)...

Wah... dah lama tak update blog ni sejak balik dari U.S. Sekarang proses dengan financial planner, En. Aziz Ibrahim berjalan lancar. Setakat ni dah buat perjumpaan ke-3 iaitu perjumpaan CMS-1. Alhamdulillah, tengok saving dalam masa 8 bulan memang rasa tak percaya tapi itulah yang telah dirancang oleh financial planner.

Tahun baru ni banyak duit nak kena pakai maklumlah yang besar dalam setahun ni adalah bayaran insuran kereta dan income-tax, itu semua penting. So planning dalam hal ni adalah penting supaya cash flow sentiasa positif bukan negatif.

Sekarang ni cuba berjinak-jinak pula dengan pasaran saham... Bukan fikir nak main contra tapi bagi newbies ni cuma concentrate dengan IPO dahulu... Menarik juga sebab sekarang ni ekonomi kita semakin pulih (kata Kerajaan kita) so kita lihat setakat mana pulihnya ekonomi ini... Dapat tak kita buat duit dengan ekonomi yang kian stabil ini...

Oklah jumpa lagi... adios amigos and senorita...

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......